Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

KREATIVITI INOVASI

SBM ONLINE: 10 Disember 2019, seramai 338 orang pelajar yang mengikuti Kursus Kreativiti & Inovasi (BPME 2023) semester A191 telah terlibat dalam Creativity & Innovation Day 2019 yang telah diadakan di DKG 2/1 dan DKG 2/2. Tema semester ini adalah Multicultural Fashion iaitu ciptaan pakaian gabungan pelbagai budaya seluruh dunia melalui penggunaan bahan-bahan kitar semula.  Pelbagai fesyen telah diperagakan melalui penggunaan plastik sampah, plastik pembungkus makanan, botol, kain perca, straw, kertas dan sebagainya. Hasil gabungan 7 kumpulan kelas dengan 5 orang pensyarah telah berjaya menghasilkan 75 fesyen pakaian bagi semester A191.

Prof. Madya Dr. Azahari Ramli selaku wakil Pemangku Dekan SBM telah hadir untuk memberi kata aluan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menghasilkan produk ciptaan ide mereka seterusnya memperagakan kepada penilai dan penonton. Seramai 5 orang juri yang terdiri daripada pensyarah SBM dan industri telah dijemput untuk menilai hasil produk para pelajar.

Menurut Penyelaras Kursus, Dr. Azrain Nasyrah Mustapa, program ini merupakan acara yang ditunggu oleh pelajar kerana ianya merupakan “acara wajib BPME 2023” setiap semester melalui penentuan pelbagai tema yang berbeza. Selain itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar membentangkan inovasi produk mereka serta mendapatkan input daripada penilai. Program berakhir dengan pemberian cenderahati kepada penilai-penilai jemputan serta sesi bergambar beramai-ramai.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my