Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

non creadit mobility

SBM Online: Seramai 23 pelajar berserta seorang Pegawai Pengiring dari School of Business Management (SBM), dibawah Kelab Management Executive Club (MEC) dinaungi oleh Pusat Pembangunan Pelajar COB (PPA COB) telah melalui dengan jayanya Non Credit Mobility and Conferences di Padang Indonesia.  Program in juga adalah program gabungan MEC dan Himpunan Mahasiswa Jurusan (HMJ) Manajemen Fakulitas Ekonomi Universitas Negeri Padang (UNP).

Pada hari pertama, diadakan majlis rasmi menyambut kami di UNP, dimulakan dari kata alu aluan dari Prof Dr Yunia Wardi, Timbalan Naib Chancellor UNP, Dr Idris, Dekan Fakulitas Ekonomi dan Dr Efrizal Syofyan, Timbalan Dekan Fakulitas Ekonomi.  Di pihak UUM, Pegawai Pengiring Dr Mohammad Nizam Sarkawi, Pensyarah Kanan SBM mengucapkan terima kasih dan terharu akan sambutan yang diberikan. 

Selepas itu majlis conference berkaitan tentang Industrial Revolution 4.0, an impact to Human Capital yang dimana Dr Mohammad Nizam Sarkawi telah memulakan bicara tentang persediaan dan impak kepada manusia sejagat untuk embrace atau menerima IR4.0 sebagai kehidupan mereka.  Ini diikuti dengan sessi berkongsi maklumat tentang aktiviti kelab dari Cik Nurul Asyiqin Amaludin selaku Presiden Kelab MEC, UUM dan En Yoga Rahmat Novan Satria, Presiden Kelab HMJ, UNP. Sebagai penutup pada upacara hari tersebut, Norziana Binti Maznun dan Nurdalila Binti Saidin berkongsi mengenai suasana di  UUM kepada pelajar UNP.

Pada hari kedua, kami dibawa untuk bersama-sama untuk merayakan Hari kemerdekaan Indonesia yang dilakukan di UNP (Pagi) di upacara menaikan bendera dan di rumah Governor (Petang) di upacara menurunkan bendera.  Apa yang kami pelajari pada hari tersebut ialah semangat patriotism yang amat menebal di seluruh warga Indonesia.

Pada Hari Ketiga, kami dibawa ke Bukit Tinggi bagi kami membuat kunjungan muhibah dan meneruskan conference berkaitan IR4.0 di kawasan perusahaan kecil dan sederhana (tenunan dan kerepek) dimana walaupun mereka mempunyai mesin tetapi mereka masih lagi mengunakan sumber manusia untiuk melakukan secara manual. Destinasi bagi tenunan adalah Pengrajin Sulaman Bordir Panampuang dan bagi kerepek adalah Ummi Aufa Hakim.

Pada hari ke empat di waktu pagi, adalah untuk kami menjalankankan aktiviti tanggung jawab sosial dibantu oleh Pelajar UNP dimana kami melawat kerumah anak yatim di Panti Asuhan Ridho Rahmat.  Di sini kami membuat berbagai aktiviti seperti permainan dan sukaneka kepada anak-anak yatim dipusat asuhan tersebut. Tidak lupa juga bantuan sumbangan diberikan kepada mereka bagi meringankan beban. Pada malanmnya, yang merupakan hari perpisahan kami di UNP, kami disajikan dengan Persembahan budaya Negeri Padang dan dipihak UUM mempersembahkan dikir barat.

Hari kelima, bertolak kembali ke tanah air. Hasil dari program ini kami telah memperolehi ilmu dan pengalaman yang amat berguna bagi kami disamping merapatkan hubungan antara UNP & UUM. Kami juga mendapat manafaat dari conference IR4.0 dimana kami dapat melihat secara “hand on” aktiviti perusahaan SME disana dan memperkukuhkan ilmu keusahawanan.  Kami juga dapat mendalami budaya Indonesia terutamanya semangat patriotism mereka di Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-73.  Bagi aktiviti tanggung jawab sosial, pelajar BBA UUM dapat menjalinkan hubungan yang baik serta memberi motivasi kepada anak-anak Panti Asuhan Ridho Rahmat.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my