Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

smkderma

SBM ONLINE: Seramai 45 orang pelajar dan tiga (3) orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).Kehadiran rombongan pelajar dan guru tersebut telah disambut mesra oleh Ketua Jabatan Pengurusan dan Keusahawanan, SBM, Dr. Abdul Manaf Bohari.

Antara objektif lawatan tersebut adalah untuk mendengar taklimat kemasukan ke IPTA berserta kerjaya dalam bidang perniagaan. Para pelajar juga didedahkan dengan pilihan kursus yang lain bagi membolehkan mereka membuat pilihan untuk mendaftar ke Institut Pengajian Tinggi Awam kelak.

Selain itu, para pensyarah Program Pengurusan dan Keusahawanan SBM turut berkongsi maklumat dengan para pelajar mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar universiti. Pelajar pada peringkat ini perlu mempertingkatkan kemahiran dalam meneroka ilmu pengetahuan dan harus berterusan tanpa mengira masa, tempat dan keadaan. Di UUM amnya dan SBM khususnya para pelajar diberi penekanan pendidikan yang berterusan di mana proses pembelajaran akan berlaku secara berterusan dalam diri individu bermula dari alam pengajian sehingga alam pekerjaan.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my