Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

gotoroyong15517

SBM ONLINE: Seramai 161 daripada 200 orang pelajar yang tersenarai sebagai penerima Anugerah Dekan SBM, UUM telah menghadiri sesi gotong royong ke-4 iaitu sesi terakhir yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM bertempat di sekitar dalam dan luar bangunan SBM. Para pelajar dibahagikan kepada 18 kumpulan dan setiap kumpulan diselia oleh pensyarah SBM, staf-staf Uniutama Property Sendirian Berhad (UPSB).

Timbalan Dekan SBM, Dr. Khairol Anuar Ishak telah merasmikan program tersebut dengan ucapan beliau yang berkisar tentang konsep “volunteerism” oleh para pelajar setelah mereka menerima pelbagai ilmu serta kemahiran di pusat pengajian sepanjang tempoh pengajian. Selain itu, aktiviti gotong royong ini dilaksanakan bagi tujuan menyemai perwatakan positif dan sikap cintakan SBM di kalangan pelajar serta tanggungjawab sosial korporat (CSR). Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat di kawasan bangunan SBM, membersihkan koridor, tandas, menyapu dan membuang daun-daun kering dan sampah di sekitar parkir. 

Ahli Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM bersama beberapa orang pensyarah dan staf pentadbiran lain turut serta menghadiri aktiviti gotong royong tersebut. Aktiviti gotong royong disempurnakan dengan penyerahan sijil Anugerah Dekan SBM kepada para pelajar oleh Timbalan Dekan, Dr. Khairol Anuar  Ishak.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my