Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

we share

SBM ONLINE: “We Share We Care” merupakan program amal anjuran MarC, SBM yang berlangsung pada 27 April 2018 yang lalu. Program ini berlangsung dengan jayanya di Maahad Tahfiz Darul Mustofa, Kampong Sungai Limau, Baling Kedah. Seramai 10 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai bangsa, dan penasihat kelab turut serta dalam program ini  bagi menyampaikan bantuan makanan berserta sumbangan berjumlah RM4,038.60. Jumlah ini adalah hasil sumbangan pelajar, pensyarah, pengusaha-pengusaha kafe dan sumbangan dari pihak luar.

Rombongn ini disambut dengan penuh mesra oleh Ustaz Muaz dan beberapa tenaga pengajar yang lain bersama 27 orang pelajar maahad. Selain perbincangandua hala mengenai peluang-peluang program yang boelh dijalankan di masa hadapan, program ini turut diserikan dengan persembahan alunan merdu surah hafazan daripada dua orang pelajar. Majlis diteruskan dengan lawatan ke tapak pembinaan maahad yang masih dalam proses pembinaan. Proses pembinaan ini bergantung kepada dana sumbangan. Seusai lawatan tapak, pihak maahad menghidangkan makanan tengah hari dan program selesai dengan penyerahan bekalan makanan dan sumbangan serta cenderhati daripada pengarah projek kepada pengerusi maahad.

Tujuan utama program seumpama ini dilaksanakan adalah bagi menyempurnakan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar dalam membantu pelajar-pelajar di maahad tahfiz tersebut terutamanya dalam aspek pembiayaan makanan serta sara hidup belanja bulanan.  Program ini sekaligus memupuk nilai murni di jiwa pelajar untuk sentiasa prihatin dengan kesusahan orang lain. Selain itu, pelajar-pelajar kelab juga turut membantu dari aspek promosi dengan merakamkan keadaan sekeliling serta kehidupan mereka di maahad tersebut. Video dan beberapa foto akan disiarkan di media sosial bagi memberi peluang kepada masyarakat luar yang ingin menderma dan menyalurkan sumbangan terutama bagi aspek pembangunan dan bantuan sempena ramadhan.

Dengan adanya lawatan ini, besarlah harapan kelab agar usaha murni ini dapat dijalinkan secara berterusan di masa akan datang.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my