Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

SBM ONLINE: Pada Jumaat, 13 April 2018, sekumpulan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) daripada Pusat Pengajian Perniagaan (SBM) UUM telah mengadakan program pembelajaran berasaskan servis (service learning) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min, Changlun. Program ini melibatkan seramai 28 orang pelajar Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti sesi interaktif soal jawab Matematik dan Sains, aktiviti mencipta nama dan membina slogan kreatif untuk kumpulan, di samping satu lagi aktiviti menarik iaitu Creative Fashion Show. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar SJKC Yit Min tentang kepentingan kerjasama dalam pasukan, membentuk kemahiran berkomunikasi berkesan serta mencungkil bakat kepimpinan. Program ini turut memberi banyak pengalaman dan manfaat kepada para pelajar BBA SBM yang ditugaskan menghasilkan output bagi kursus Seminar Pemikiran Pengurusan, bermula dengan pembentukan organisasi program dan seterusnya melaksanakan aktiviti komuniti ini dengan jayanya bersama pelajar SJKC Yit Min. Menurut mereka, refleksi daripada program yang dijalankan akan digunakan sebagai salah satu cabaran untuk merancang tugasan yang lebih besar nanti.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my