Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

SBM ONLINE: Pada hari Selasa, 17 April 2018 pukul 12 tengahari, Unit Sejarah, Seni dan Budaya di bawah pimpinan Dr Yaty Sulaiman, telah menganjurkan program Sudut Santai SBM kali yang  kedua iaitu “The Busking Event”, bertempat di Foyer SBM. Penampilan khas daripada sub unit Kompang dan juga sub unit Koir, di bawah pimpinan Encik Ku Mohd Faizal Ku Adnan dan Puan Intan Suraiya Roslan daripada Unit Seni Suara, Pusat Ko Kurikulum UUM. Seramai 21 orang pelajar mempersembahkan pelbagai lagu yang diiringi dengan paluan kompang dan juga petikan gitar. Persembahan turut diselang-seli dengan beberapa orang peserta yang turut mengambil bahagian di dalam program tersebut iaitu dengan mendendangkan beberapa buah lagu yang mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton. Program berakhir pada pukul 1.20 tengahari.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my