Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

SBM ONLINE: Seramai 110 pelajar yang tersenarai sebagai penerima Anugerah Dekan SBM, UUM telah menghadiri sesi gotong royong kumpulan pertama pada 17 April 2018 yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM bertempat di sekitar bangunan SBM. Para pelajar di bahagikan kepada 11 kumpulan dan setiap kumpulan diselia oleh wakil daripada UPSB.

Timbalan Dekan SBM, Dr. Khairol Anuar Ishak menyatakan bahawa program gotong royong ini dilaksanakan di kalangan para penerima anugerah dekan adalah bertujuan membina serta memantapkan karakter pelajar-pelajar berkenaan dan sikap sayangkan SBM serta salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR). Ahli Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM serta beberapa pensyarah dan staf pentadbiran lain turut serta menghadiri aktiviti gotong royong tersebut. Sesi gotong royong berkenaan disempurnakan dengan penyerahan sijil Anugerah Dekan kepada para pelajar oleh Timbalan Dekan SBM, Dr. Khairol Anuar Ishak .

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my