Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Debat SBM3

SBM ONLINE: 7 April 2018. Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat SBM yang telah dinobatkan sebagai Naib Juara Debat Milenia 2018. Debat Milenia merupakan anjuran I-Tech Associations dengan kerjasama Kelab Ucap UUM dengan tema “Let The Techonolgy Controls The World”. Debat ini telah berlangsung dari 6 April 2018 hingga 7 April 2018. Sebanyak 8 pasukan daei 8 pusat pengajian telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pasukan Debat SBM diwakili oleh Saudara Mohd Farid Bin Mohd Azmi (Maulud), Saudari NurLaura Syafreena dari program Pentadbiran Perniagaan dan Saudari Nur Farihah Nadia Binti Mohd Jusoh dari program perakaunan. Pasukan Debat SBM berada di Proksi Pembangkang dengan membawa asas bangkangan “Pilihan Raya Sedia Ada Sudah Telus” berdebat dengan Pasukan SOL di pusingan akhir.

Secara khususnya hujah Proksi Pembangkang berpaksikan kepada 3 faktor iaitu; sisterm pilihan raya sedia ada dijamin telus; teknologi block chain belum sesuai digunakan dalam pilihan raya; dan penambahbaikan sisterm pilihan raya adalah syarat utama ketelusan disampikan dengan penuh bertenaga.

Dekan SBM Prof. Dr. Haim Hilman, Timbalan Dekan Dr. Khairol dan beberapa pensyarah SBM turut hadir memberi sokongan kepada pasukan SBM.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my