Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms
Satu majlis penghargaan untuk meraikan staf UPSB dan staf JPP yang terlibat sempena gotong royong yang telah di adakan di sekitar bangunan SBM. Majlis ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM pada 20 Disember 2017 bertempat di bilik Kedah.
 
Majlis penghargaan ini disampaikan oleh Dekan SBM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dengan menyatakan bahawa objektif gotong royong dikalangan pelajar ini adalah untuk membentuk sahsiah pelajar serta membina semangat kerja berpasukan. Selain itu juga, dengan kerjasama di antara jabatan-jabatan penting untuk kelancaran aktiviti-aktiviti ini. Beliau berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada semester-semester yang akan datang.
 
Majlis disempurnakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada staf UPSB dan JPP yang terlibat oleh Dekan SBM. Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM merakamkan jutaan terima kasih kepada staf UPSB dan JPP yang terlibat bagi menjayakan majlis gotong royong ini.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my