Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Majlis Anugerah Kecemerlangan Khas Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Jun 2017. Anugerah Kecemerlangan Khas Dekan SBM ini diwujudkan khas untuk pelajar yang menunjukkan prestasi luar biasa serta cemerlang sepanjang pengajian.

Wan Muhammad Hanif bin Wan Abd. Hamid dari Program Pengurusan Sumber Manusia adalah pelajar bertuah yang menerima Anugerah Kecemerlangan Khas Dekan pada kali ini. Anugerah ini diberikan atas hasil usaha beliau dalam menjadi penulis muda. Bermula dengan menulis cerpen dan seterusnya mendapat tawaran Program Kembara Penulis Muda anjuran syarikat penerbitan buku terkemuka maka lahirlah buku “Kumpulan Cerpen Remaja: Teratak Berjasa”.

Wan Muhammad Hanif bin Wan Abd. Hamid merasakan dirinya amat bertuah kerana diberi peluang untuk mengembangkan minatnya dalam bidang penulisan dan seterusnya diberi penghargaan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang banyak beri sokongan dan panduan sepanjang beliau berkarya.

Hadir merasmikan majlis ini adalah Dekan SBM, Yang Berusaha Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah. Beliau melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian yang dipamerkan oleh Wan Muhammad Hanif dan amat menggalakkan aktiviti seperti ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dalam aspek peningkatan kemahiran.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my