Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

PROGRAM IMARAH MASJID

SBM ONLINE: 15 Februari 2020, Seramai 15 staf akademik yang terdiri daripada pensyarah dan tutor Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah terlibat sebagai fasilitator dalam Program Imarah Masjid 2020 dengan kerjasama Majlis Gabungan Masjid-Masjid DUN Bukit Pinang serta HALUAN. Peserta yang terlibat adalah Pengerusi dan ahli masjid di setiap khariah DUN Bukit Pinang, wakil-wakil dari Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perpaduan Negeri Kedah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Agama Kota Setar serta Belia Negeri Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Gabungan Masjid-Masjid, YBrsh Prof. Dr. Abdullah bin Haji Abdul Ghani. Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan peranan masjid sebagai titik pusat (centre-point) dalam mengadakan aktiviti-aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial dalam kehidupan harian sejajar dengan amalan dan gaya pentadbiran Rasulullah SWT terdahulu.

Antara matlamat program ini adalah untuk merangka aktiviti-aktiviti memasyarakatkan masjid, memupuk masyarakat celik Al-Quran serta meningkatkan ilmu, amalan dan penghayatan Islam oleh anak qariah. Para peserta diagihkan mengikut lima (5) kumpulan iaitu Kebajikan dan Sosial, Pembangunan Belia dan Usahawan, Pembangunan Dakwah dan Pendidikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ekonomi, Pengurusan Pentadbiran Masjid dan Teknologi Maklumat. Selepas sesi percambahan idea dalam kumpulan, para peserta turut membentang perancangan pelaksanaan aktiviti yang dirangka sepanjang tahun. Program ini berlangsung pada 15 Februari 2020 yang lalu bertempat di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my