Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Lawatan Bilik Perak

SBM Online: 4 Februari 2020, Kunjungan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabagsa (TNCAA) UUM, YBrsh. Professor Dr. Yusnidah Ibrahim ke makmal penulisan Ph.D (lab Ph.D) di SBM telah disambut oleh 15 orang staf akademik yang terdiri daripada tutor dan pensyarah yang sedang menyiapkan penulisan tesis masing-masing. Turut mengiringi beliau adalah Prof. Madya Dr. Salniza Md. Salleh, Penolong Naib Canselor, Kolej Perniagaan UUM merangkap Dekan Pusat Pengajian Perniagaan (SBM) UUM, Ketua-Ketua Jabatan, Penyelaras Unit Keusahawanan, Pemasaran, Pengurusan Perniagaan serta Pengurusan Sumber Manausia, SBM.

Dalam kunjungan tersebut, YBrsh. Professor Dr. Yusnidah dimaklumkan mengenai perjalanan lab Ph.D yang setakat ini telah membantu melahirkan lebih 30 orang graduan sejak tahun 2012 hasil daripada pemantauan berterusan oleh Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, SBM. YBrsh. Professor amat tertarik dengan model pembangunan modal insan ini untuk diterapkan di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, YBrsh. Professor juga dapat berinteraksi dengan beberapa orang tutor serta pensyarah secara terus dan beliau juga sempat memberikan kata-kata semangat agar dapat menamatkankan pengajian mereka dengan jayanya.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my