Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Bengkel FRGS

SBM ONLINE: Jawatankuasa Penyelidikan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Kolej Perniagaan, UUM telah menganjurkan Bengkel “Preparing Winnable FRGS Proposal” pada 22 Januari 2020.  Bengkel ini telah berlangsung selama 4 jam dan telah dihadiri oleh 32 orang pensyarah dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan. Prof. Dr. Nik Kamariah Nik Mat dan Dr. Yaty Sulaiman sebagai fasilitator telah berkongsi ilmu, pengalaman dan tips berdasarkan kejayaan mereka dalam memperolehi geran penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) terdahulu. Selain memberi pendedahan secara hands-on, bengkel ini juga dapat membantu para peserta dalam memantapkan kertas cadangan penyelidikan yang dihasilkan disamping memenuhi keperluan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.  Tambahan itu, bengkel yang diadakan merupakan salah satu inisiatif oleh Jawatankuasa Penyelidikan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan UUM untuk membantu pensyarah mendapatkan geran penyelidikan. Inisiatif ini selari dengan aspirasi pusat pengajian untuk mencapai satu pensyarah, satu geran penyelidikan.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my