Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

IR.4.0

SBM ONLINE: 2 Julai 2018, SINTOK- Satu program yang dinamakan Seminar on Readiness For IR4.0 For Educators disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohamed Amin bin Embi dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan. Program ini mendapat sambutan penyertaan dari 40 orang peserta dari dalam UUM dan juga dari luar UUM seperti Unishams, UNISZA, OUM, POLIMAS dan Kolej Komuniti wilayah utara. Program ini bertempat di Bilik Melaka, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).

Sepanjang program, para peserta diberi pendedahan tentang aplikasi teknologi terkini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran dalam menghadapi Industri 4.0. Usaha ini adalah selari dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu critical thinking & problem solving, communication, collaboration dan creativity dalam semua peringkat pengajian. Antara pengisian dalam program tersebut adalah Transformative Teaching-Flipped Classroom 4.0 dan Interactive Lecture Using Technology-enhanced Collaborative Tools.

Hadir merasmikan program ialah Prof. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah selaku Penolong Naib Canselor Kolej Perniagaan merangkap Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Program tamat jam 5.00 petang

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my