Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

News

KemasukanDiploma191

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi & Azni Idayu Shuib
Gambar oleh: Nik Amirul Aqman

SBM ONLINE:   116 pelajar baharu semester kedua sesi 2018/2019 (A182) selamat mendaftar dengan pelbagai gaya dan inspirasi baru-baru ini.

Bahkan keceriaan wajah  mereka  yang terpilih ke UUM disaksikan pensyarah serta staf pentadbiran School of Business Management (SBM) semasa majlis suaikenal  bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 2/1.

“Selamat datang ke kampus di rimba hijau yang terletak di utara”,

“Pelajar hendaklah menanam azam yang tinggi untuk maju dan mengorak langkah untuk cemerlang dalam pengajian sekaligus menjadi pemimpin masa hadapan”,

We must think big”, kata Timbalan Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Hasnizam Shaari mewakili Dekan SBM dalam majlis tersebut.

Sementara itu, menurut pelajar yang berasal dari Perlis,  Mohamad Faiz Jatperi ,“ Saya  berasa bangga dapat memasuki UUM dan mendaftar program Sarjana Muda Keusahawanan”.

Dalam pada itu, pelajar yang berasal dari Perak, Pratha a/p Gnanason  yang mendaftar program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan berkongsi perasaan gembira ketika majlis tersebut, katanya,  “I’m impressed by the environment, looking forward to be part of UUM”.

Selain teruja menjadi pelajar UUM,  kata Siti Noratikah Mohtar yang mendaftar program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, “Saya berasa excited dan dalam masa yang sama saya rindukan rumah”.

Rata-rata pelajar melahirkan rasa teruja, menurut Khor Jia Ying yang berasal dari Kedah, “Program Sarjana Muda Pemasaran menjadi pilihan saya, berasa happy and excited ke UUM”.

“Pengurusan Sumber Manusia program yang saya daftar, saya berasa excited dan akan melibatkan diri dengan aktiviti selain belajar , ujar Nur Syazwani Abu Hassan anak kelahiran Pulau Pinang ketika ditemui.  

Senada dengan itu,  Muhammad Fatih Asyur Mohd Nasir  tekad untuk mendaftar program Sarjana Muda Pemasaran berkata “UUM  is the Best, memang target untuk masuk UUM!”

Comments

graduanKastamruralcapital

Oleh: Che Roihan Jaafar
Gambar oleh: Nik Amirul Aqman

SBM ONLINE:  16 Februari 2019, “Kagum dengan  usaha dan komitmen tinggi  graduan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Rural Capital Berhad sehingga berjaya menamatkan pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan” kata Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff dalam Majlis taklimat kepada 67 graduan yang berlangsung di EDC Hotels & Resorts baru-baru ini.

“SBM akan terus membantu dan menyokong para graduan bagi meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda selepas ini. Dengan mengambil contoh komitmen dan usaha jaguh renang dunia Micheal Phelps, Dekan SBM juga menegaskan seseorang itu perlu berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat”.

Sementara itu, wakil graduan dari JKDM, Muhamad Fauzi Bin Kamsar berkata, “Kami berasa amat teruja dengan peluang yang diberikan oleh pihak UUM yang memungkinkan kami menamatkan pengajian di peringkat diploma, Terima kasih kepada pengurusan dan para pensyarah yang tidak  jemu mengurus dan mengajar kami semua yang merupakan pelajar separuh masa”.

Hadir sama, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, Penyelaras Program serta staf-staf pentadbiran SBM.

Comments

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my