Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

LoI2

SBM ONLINE: 23 Januari 2020- Pada 12 tengahari, telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LOI) Antara UUM dengan Pusat Khidmat Pokok Sena di Balai Tamu, Canselori, UUM. Majlis telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia bersama pegawai-pegawai pengiring, Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani, Pengurusan Tertinggi Universiti Utara Malaysia, serta staf Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan( SBM), UUM yang terlibat.

LOI ditandangani oleh Dato' Mahfuz Omar dan Prof.Dato’ Dr.Ahmad Bashawir Abdul Ghani sebagai mempersetujui kerjasama dan sumbangan kepakaran bagi pembangunan masyarakat di Parlimen Pokok Sena di bawah Program  Satu Pusat Pengajian Satu Daerah (1PP1D) yang akan di laksanakan oleh Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) UUM.

Dato' Mahfuz berkata, beliau berterima kasih dan gembira apabila UUM menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) sudi untuk membantu daerah Pokok Sena dengan menawarkan khidmat kepakaran terutamanya dalam bidang latihan, perundingan dan penyelidikan.Menurutnya, beliau berharap kerjasama strategik itu akan mendapat komitmen sepenuhnya dan tidak terhenti pada kadar tertentu agar perancangan tersebut mendapat kemajuan yang akan dinikmati masyarakat.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, beliau mahu kepakaran yang dimiliki UUM dapat disalurkan kepada masyarakat setempat dengan setiap pusat pengajian menfokuskan kepada program bersama komuniti di daerah ditetapkan menerusi program 1 Pusat Pengajian 1 Daerah (1PP1D). Ucap beliau lagi, penekanan perlu dilakukan agar kepakaran yang ada di UUM dapat membangunkan negeri Kedah terutamanya dalam bidang pendidikan, juga dalam mengurangkan kadar golongan B40 dengan memindahkan segala kepakaran yang dimiliki supaya negeri ini lebih maju dan berdaya saing dan dapat memberi manfaat kepada semua dalam mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.

Satu perjumpaan ringkas (membincangkan perancangan yang telah diatur), turut diadakan selepas majlis di antara Dato’Mahfuz dan para pegawai terlibat bersama ahli jawatankuasa 1PP1D yang di pengerusikan oleh Prof Madya Dr.Mohd Faizal Mohd Isa di bawah nasihat dan bimbingan Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Prof. Madya Dr. Salniza Md.Salleh.

 

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my