Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

nyep19

UUM muncul juara dalam pertandingan keusahawanan belia nescafe (NYEP) 2019. Sebanyak 3 kumpulan terdiri dari 29 pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian) dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) terllibat di dalam program ini. Sebanyak 15 IPTA dan IPTS terlibat di dalam program ini melibatkan sejumlah hampir 500 usahawan belia terlibat pada tahun ini.

UUM berjaya merangkul 3 hadiah utama iaitu kategori Jualan Paling Tinggi (Sales Ninja), menang tempat ke 2 keseluruhan (Superb Star) dan johan keseluruhan (Super Barista) dan 1 hadiah saguhati iaitu Supercreative di dalam cabaran bonus menghasilkan resipi baru. Acara finale dan cabaran bonus telah diadakan di Glasshouse Siputih Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Executive Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols dan Pegawai Eksekutif Perniagaan Nescafe. Melalui NYEP, pelajar berpeluang menjalani pembelajaran melalui pengalaman iaitu menjalankan perniagaan kios kecil Nescafe yang turut menerima latihan dan bimbingan dari aspek pengurusan perniagaan, kerja berpasukan , komunikasi dan kreativiti. Universiti lain yang turut memenangi kategori lain adalah IIUM (Pemasaran dan promosi kreatif), UTM (berkongsi tempat ke-2 dan pemenang utama Cabaran Bonus) serta Sunway University (pemenang tempat ke-3).

 

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my