Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

uumaim

SBM ONLINE: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah memainkan peranan yang sangat besar dalam menawarkan pinjaman kepada para peniaga mikro terutama dalam membantu mereka mengembangkan perniagaan. Namun yang demikian, sifat persekitaran perniagaan yang dinamik telah memberikan cabaran yang besar kepada perniagaan tersebut. Oleh itu perniagaan mikro sangat memerlukan sokongan luar termasuk bantuan pakar bagi mengeksploitasi sepenuhnya potensi mereka agar dapat kekal berdaya saing dalam pasaran.

Perniagaan mikro yang sering mendapat nasihat dan konsultan mempunyai potensi untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Kesedaran tentang keperluan ini, suatu perbincangan telah diadakan pada 20 Julai 2018 bertempat di Bilik Mesyurat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Zon Utara, Alor Setar, Kedah. Perbincangan ini melibatkan para pensyarah dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan para pegawai dari AIM  Ibupejabat, AIM Zon Utara dan AIM Wilayah Daerah Kedah Utara. Perbincangan yang berlangsung bermula dari jam 3:00 ke 5:30 petang ini, merangkumi perkara-perkara yang berkaitan pelan strategik jangkamasa panjang kedua pihak, disamping mengupas keperluan latihan kini untuk para Sahabat AIM, Pegawai Amanah AIM dan pembangunan latihan buat kakitangan AIM seluruh negara. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk melantik pihak SBM sebagai perunding dalam membangunkan direktori  AIM Kedah Wilayah Utara dan melaksanakan latihan Sijil Keusahawanan kepada para sahabat AIM daerah Kubang Pasu pada bulan Ogos nanti. Program peringkat Sijil Professional yang ditawarkan oleh pihak SBM iaitu dalam bidang Pemasaran, Keusahawanan, Sumber Manusia dan Pengurusan Perniagaan juga telah mendapat perhatian pihak AIM.

Pihak ibupejabat AIM diwakili oleh Encik Yaacob Omar selaku Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan manakala pihak SBM diketuai oleh Tuan Dekan, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, diiringi oleh pensyarah SBM iaitu Puan Shahrina Othman dan Dr. Yusmani Mohd Yusoff. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Che Mahadi Idris selaku Ketua Pegawai Operasi Zon Utara dan turut hadir adalah kakitangan AIM iaitu Puan Hajah Norashifah Salleh (Pengurus Kanan Zon Utara), Puan Nor Hayati Hussain (Pengurus Wilayah Kedah Utara), Encik Zahari Ramlee (Pegawai Esekutif Usahawan), Encik Norazrul Mat Ros (Pegawai Eksekutif Usahawan) dan Puan Zainab Ismail (Penolong Pengurus Cawangan). Pihak AIM mengalu-alukan kedatangan SBM ke ibupejabat untuk suatu sesi pembentangan kepada Pengerusi and Ketua Pegawai Eksekutif AIM yang baru dilantik.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my