Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

pearson

SBM ONLINE: Kesedaran tentang keperluan setiap pensyarah untuk memiliki penerbitan seperti buku serta bab dalam buku untuk tujuan kecemerlangan kerjaya telah mendorong pihak Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM dan Pearson International (Singapura & Malaysia) untuk mengadakan “Bengkel Penerbitan Profesional” pada 23 Julai 2018 bertempat di Bilik Kedah, SBM. Penyertaan untuk bengkel ini melibatkan para pensyarah dari SBM khasnya serta pensyarah-pensyarah dari beberapa pusat pengajian selain SBM, UUM,  Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah.

Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah di dalam ucapan perasmiannya meningatkan kepada semua peserta untuk menggunakan ruang serta peluang bersama Pearson ini dengan sebaiknya supaya dapat menimba pengetahuan terutamanya tentang platform sedia ada untuk menerbitkan buku bersama Pearson.  Beliau juga menggalakkan semua pensyarah tanpa mengira had umur serta pengalaman untuk berjinak-jinak dan membiasakan diri dengan teknik-teknik penulisan serta menerbitkan buku-buku ilmiah.

Bengkel yang berlangsung bermula dari jam 9:00 ke 4:30 petang ini, memberikan penerangan lanjut bagaimana pensyarah boleh menulis buku rujukan berdasarkan pengumpulan bahan-bahan teks daripada pelbagai buku yang berbeza yang telah diterbitkan oleh Pearson melalui kaedah Derivative dan hasil penulisan sendiri yang lebih dikenali sebagai Own Notes.

Sesi penerangan yang dilakukan oleh Mr Peter John, daripada Pearson Singapura ini diselangi dengan sesi cabutan bertuah dimana 32 buah buku sumbangan pihak Pearson telah  diberikan kepada peserta yang bertuah. Slot terkahir pada waktu petang merupakan slot untuk book adoption mengikut kesesuaian matapelajaran yang diajar.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my