Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

tahfizpermata

SBM ONLINE: Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan oleh 40 orang pelajar Pusat Tahfiz Permata Hati, Jitra lebih bermakna selepas menerima kunjungan ahli Kelab Staf SBM pada 10 Jun 2018 (Ahad). Selain bertanya khabar, rombongan Kelab Staf SBM ini juga menyerahkan sumbangan hasil kutipan dana bagi menampung keperluan pelajar-pelajar pusat tahfiz tersebut. Sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti beras dan gula juga turut diberikan.

Usaha Kelab Staf SBM ini bertujuan untuk membangkitkan suasana kemeriahan menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi dikalangan anak-anak yatim, asnaf dan miskin di Pusat Tahfiz Permata Hati. Sumbangan yang mula dikumpulkan sejak awal bulan Sya’ban ini telah disampaikan oleh Pengerusi Kelab Staf SBM iaitu Dr. Siti Norasyikin Abdul Hamid dan Puan Munirah Khamarudin kepada wakil pusat tahfiz.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my