Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

akrasnoda

SBM ONLINE: Sempena dengan kedatangan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, MarC, SBM dengan kerjasama Pusat Islam telah menganjurkan satu kuliah agama yang bertajuk “Aksara Noda Di Bulan Ramadhan”. Kuliah ini telah dijayakan pada 3 Mei 2018 bertempat di dewan Pusat Islam selepas jemaah solat Isyak.

Kuliah ini merupakan platform perkongsian ilmu berkaitan Ramadhan dan sebagai persiapan rohani bagi para pelajar menyambut Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Kuliah yang disampaikan oleh Dr Mohd. Nizho Abdul Rahman ini berjaya menarik penyertaan seramai 120 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kursus di dalam UUM. Selain itu, kuliah ini juga mendapat sokongan dan penyertaan daripada Kelab PERKIM UUM. Dr Nizho selaku penceramah, telah menyenaraikan beberapa perkara penting yang wajar diamalkan pada bulan Ramadhan. Di antaranya, adalah banyakkan sedekah, membaca Al-Quran, bergaul dengan sahabat yang soleh, menghubungkan silaturrahim, memperbanyakkan ibadah serta amal bakti kepada kedua ibubapa. Menurutnya lagi, ganjaran pahalanya amat besar kerana Ramadhan merupakan bulan rahmat dan digandakan pahala tidak seperti bulan-bulan yang lain.

Perkongsian rohani ini berlangsung selama 1 jam setengah dan berakhir kira-kira jam 11 malam. Rata-rata pelajar terhibur dengan perkongsian ilmu tersebut kerana ianya dijayakan dengan santai dengan selingan gelak tawa. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati oleh penasihat kelab MarC kepada Dr. Mohd Nizho Abdul Rahman. 

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my