Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

dtandoor

SBM ONLINE: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan Industry Talk oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Malik Abdullah, Felo Adjung, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan. Program ini telah berjalan selama satu hari iaitu pada 24 April 2018 yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Dekan, Prof Dr Haim Hilman Abdullah.  Program ini telah mendapat penyertaan daripada pelajar program perniagaan dan bukan perniagaan di UUM.  Program ini diketuai oleh Dr Norria Zakaria, Dr Azahari Ramli, Dr Kadzrina Abdul Kadir, dengan kerjasama padu semua ahli jawatankuasa yang terlibat yang rata-ratanya terdiri daripada beberapa pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dan pelajar praktikum SBM.  Selain itu, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan juga telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan lanjutan dengan Yang Berbahagia Datuk Abdul Malik Abdullah mengenai kurikulum program Keusahawanan dan program lain secara amnya bagi tujuan penambahbaikan.

Tajuk utama ceramah ialah ‘Transformasi Diri dari Kerja Makan Gaji kepada Kerjaya sebagai Usahawan’.  Tajuk ini menjadi pilihan bagi menyampaikan maklumat berkaitan kelebihan kerjaya sebagai seorang usahawan termasuklah perkongsian mengenai aspek cabaran yang perlu dilalui dan pulangan dari sudut ekonomi dan sosial.

Antara pengisian utama perkongsian ialah sejarah penubuhan Syarikat D’Tandoor Food Industries Sdn Bhd, termasuklah pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh Yang Berbahagia Datuk sehingga berjaya menempa nama dalam industri makanan  yang ternyata merupakan antara industri yang paling mencabar berbanding industri-industri yang lain. Satu daripada tips yang dikongsikan yang amat penting bagi mana-mana individu yang ingin menceburi industri makanan termasuklah kualiti makanan, lokasi, kualiti servis, harga dan suasana persekitaran.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati kepada Yang Berbahagia Datuk Abdul Malik Abdullah. Hasil dari program ini diharap dapat memberi pendedahan dan meningkatkan minat graduan untuk terlibat dalam dunia keusahawanan.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my