Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

seminar2.0

SBM ONLINE: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia telah menjalankan Seminar Asas Keusahawanan Sosial di bawah Program Pemantapan dan Kelestarian Keusahawanan (LESTARi). Program ini telah dijalankan dengan pada 18 April 2018 (Fasa 1-2) dan 25 April 2018 (Fasa 3-4) oleh pasukan LESTARi SBM yang diketuai oleh Dr Armanurah Mohamad. Ahli-ahli LESTARi terdiri daripada Prof. Madya Dr. Norashidah Hashim, Dr. Sahadah Abdullah, Dr. Awanis Ku Ishak dan Dr Shamsul Huda Abd Rani. LESTARi merupakan satu aktiviti keusahawanan sosial yang melibatkan guru dan kakitangan daripada dua (2)  buah sekolah agama swasta di Kubang Pasu, iaitu Pusat Pendidikan Al-Azhar (PPAZ), Jitra, Sekolah Agama At Toyyibah, Changlun, dan dua (2) buah sekolah agama swasta di Perlis, iaitu Ma’ahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), dan Sekolah Rendah Agama Attabiyah Al-Islamiyah (SRAATI). Selain dari staf akademik SBM, program LESTARi ini juga melibatkan pihak industri, iaitu Perniagaan Qurba Sdn Bhd sebagai rakan kolaborasi strategik LESTARi.

Objektif LESTARi bertujuan untuk mendedahkan institusi sekolah agama swasta kepada aktiviti keusahawanan yang boleh menjana peluang perniagaan kepada sekolah. LESTRi  juga bertujuan untuk membudayakan pihak pengurusan dan guru sekolah agama swasta dengan ciri-ciri keusahawanan bagi melahirkan guru dan kakitangan yang boleh menjadi usahawan dalaman (Intrapreneur) dan usahawan (Entrepreneur). Selain itu, LESTARi bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang boleh memberi sumbangan kepada komuniti serta modal insan yang seimbang yang boleh berdikari dan memberi sumbangan kepada institusi. Untuk melestarikan aktiviti keusahawanan di sekolah agama swasta yang terlibat, pasukan LESTARi SBM bersama dengan rakan industri akan membantu membangunkan perancangan kelestarian projek keusahawanan bagi sekolah-sekolah agama swasta yang terlibat.

Pengisian LESTARi yang dijalankan di Seminar Keusahawanan Sosial Fasa 1-2 ialah Pengenalan kepada Keusahawanan Sosial, Perkongsian Pengalaman Bersama Usahawan, Mengenal Pasti Peluang Perniagaan dan Business Model Canvas (BMC). Manakala Fasa 3-4 ialah Pembangunan Rancangan Perniagaan dan Bisnes Pitching.  Selain itu program LESTARi ini turut diinspirasikan dengan motivasi keusahawanan sosial oleh dekan SBM, Prof. Haim Hilman Abdullah.

Hasil dari program ini diharap dapat memberi pendedahan dan laluan keusahawanan  kepada sekolah agama swasta terlibat dalam menjana pendapatan sendiri melalui aktiviti keusahawanan. Justeru itu, adalah diharapkan program LESTARi ini dapat membantu institusi sekolah agama swasta mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my