Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

businessiseasy2

SBM ONLINE: Pada 26 April yang lalu, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM )di bawah jawatan kuasa modal insan telah menganjurkan satu lagi sesi Industrial Talk.  Sesi yang bertujuan mendedahkan para pensyarah dan pelajar dengan pengalaman sebenar selok belok perniagaan dan pengurusan organisasi kali ini telah  dijayakan oleh YM Tunku Faris bin Tunku Khalil dari Proqaseh Sdn. Bhd.  Lebih seratus orang pelajar dari pelbagai kursus SBM telah menghadiri sesi ini. Dekan SBM, Yang Berusaha Profesor Dr Haim Hilman Abdullah turut meraikan majlis.

Objektif utama sesi Industrial Talk ini adalah untuk menjalinkan kerjasama antara SBM dengan industri.  Selain menghubungkan warga SBM dengan pihak industri yang mempunyai pengalaman terus dengan suasana pekerjaan sebenar, ia juga diharap dapat membentuk pembangunan kerjaya para pelajar yang cemerlang menerusi perkongsian pengetahuan dan pengalaman.

YM Tunku Faris Tunku Khalil di dalam ucapannya telah menyampaikan kepada para pelajar tips-tips berguna bagaimana memulakan perniagaan serta bagaimana menghadapi cabaran perniagaan.  Menurut beliau tidak perlu memulakan perniagaan dengan modal yang besar tetapi memadai mencari pengalaman perniagaan menerusi perniagaan kecil-kecilan dahulu.  Setelah mengetahui sedikit pengetahuan dan pengalaman barulah mencari perniagaan lain yang lebih besar modalnya.  YM Tunku Faris turut menekankan kepentingan mempunyai mentor yang baik dalam membantu para pelajar memulakan perniagaan mereka. Untuk itu, YM Tunku Faris berbesar hati bersetuju menjadi pembimbing kepada 30 pelajar yang terlibat dengan perniagaan di dalam kampus.

Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Dekan SBM, Dr. Khairol Anuar Ishak dan pensyarah-pensyarah SBM yang lain.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my