Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

APM

UUM ONLINE:  Kuala Lumpur, 3 April - Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menubuhkan pusat kecemerlangan (Centre of Excellence) Pengurusan Strategik Pertahanan Awam.

Penubuhan CoE ini membolehkan UUM menawarkan Diploma Eksekutif Pengurusan Strategik Pertahanan Awam untuk ahli-ahli APM.

Selain itu kolaborasi ini juga dapat mewujudkan platform untuk penyelidikan, latihan dan perundingan dalam bidang pertahanan awam.

MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak bagi pihak UUM dan Ketua Pengarah APM, Mej. Jen. (B) Dato' KPj. (PA) Azmy Yahya mewakili APM, disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Shahidan Kassim dan Penolong Naib Canselor UUM COB merangkap Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah di Parlimen.

Dato' Seri Dr Shahidan berkata, memorandum yang ditandatangani oleh UUM dan APM itu secara tidak langsung akan membolehkan kedua-dua pihak menjana lebih banyak idea dan koordinasi aktiviti dalam memperkasakan aspek pengurusan bencana.

"Kita sedia maklum UUM merupakan salah sebuah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) terbaik negara yang melahirkan banyak graduan dan melalui jalinan kerjasama ini, APM dan UUM boleh menerokai dengan lebih mendalam aspek perundingan, latihan, penyelidikan dan latihan yang bakal memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

"MoU ini juga akan membuka ruang kepada anggota APM untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi melalui penawaran Diploma Eksekutif Pengurusan Strategik Pertahanan Awam oleh UUM kepada APM," katanya.

Jelas beliau, ia bakal mengubah dan membantu anggota APM yang layak untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka di masa hadapan selain meningkatkan kualiti perkhidmatan APM kepada masyarakat.

Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani MoU itu Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Dr Mary Yap Kain Ching.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my