Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

SBM telah mengadakan satu lawatan ke INTAN Wilayah Utara (INTURA) pada 23 Mei 2017 di INTURA Sungai Petani, Kedah. Lawatan tersebut diketuai oleh Dekan, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah bersama beberapa orang penjawat SBM manakala pihak INTURA pula diwakili oleh pengarahnya iaitu Dr. Faizal Kamarudin. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membincangkan peluang-peluang kolaborasi antara dua pihak dari aspek penyelidikan, latihan, perundingan dan program pasca siswazah. Lawatan ini merupakan lawatan balas INTURA ke SBM sebelum ini.

Pihak INTURA amat berharap pihak SBM dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam merealisasikan matlamat mereka untuk membudayakan penyelidikan dan pembangunan modal insan di INTURA. Dekan SBM juga amat mengalu-alukan peluang kolaborasi ini dan bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam aspek tersebut. Selain itu, pihak SBM juga bersedia untuk membincangkan dengan lebih lanjut tentang peluang menawarkan program pasca siswazah bersama INTURA. Hasil rumusan perbincangan tersebut tercapai dengan kedua-dua pihak  bersetuju untuk mengadakan kerjasama dan perbincangan lanjut selepas ini bersama INTAN Kuala Lumpur. 

logo bawah1

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my