Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms
 
BMI Checking
 
JAWATANKUASA KEBAJIKAN SBM UUM ANJUR “SBM BMI ALERT’
 
SBM UUM ONLINE: Jawatankuasa Kebajikan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengambil inisiatif mengajurkan aktiviti kesedaran kesihatan “SBM BMI ALERT”, pada 27 Oktober 2020 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awal tentang pentingnya mengetahui tahap kesihatan.
 
Antara aktiviti yang dianjurkan adalah pemeriksaan tahap tekanan darah dan kandungan gula dalam darah serta mengukur indek jisim badan. “SBM BMI ALERT” di sertai oleh 29 orang peserta dikalangan staf akademik, pentadbiran dan pembersihan. Sepanjang aktiviti berlansung, peserta yang hadir memberikan kerjasama yang baik untuk mamatuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
 
Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan SBM, Mohd Abidzar Zainol Abidin “Aktiviti seperti ini wajar dianjurkan pada setiap bulan kerana penting untuk memberikan kesedaran awal tentang tahap kesihatan semasa staf”. Menurut beliau lagi, dengan adanya maklumat kesihatan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap motivasi staf SBM UUM untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas”.
 

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my