Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Serlahkan diri

23 Ogos 2020- Dekan SBM, Prof. Dr. Salniza Md. Salleh telah berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan semua enam orang pensyarah pelawat di SBM.  Perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam antara lain memberi fokus kepada penekanan dan perkongsian pengalaman pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan kelas secara ‘remote learning’.  Kesemua pensyarah pelawat menyatakan kesediaan mereka untuk terus melaksanakan pembelajaran secara ‘remote learning’ dengan mengambilkira perbezaan capaian Internet para pelajar.  Dr R. Siam menyatakan bahawa pendekatan ‘remote learning’ membolehkannya mempunyai ‘engagement’ yang lebih baik dengan para pelajar. 

Dalam pertemuan itu juga, Dekan turut membentangkan pencapaian Pelan Strategik SBM bagi sukuan kedua 2020.  Walaupun rata-rata pensyarah pelawat telah menerbitkan beberapa artikel Scopus pada tahun ini, masih banyak aspek Pelan Strategik yang perlu dimainkan oleh para pensyarah pelawat, termasuklah mengintai peluang mendapatkan geran padanan serta merebut peluang untuk mengetuai geran yang ditawarkan organisasi atau institusi luar negara.  Sesi perbincangan turut dihadiri Prof. Madya Dr. Hasnizam Shaari, Timbalan Dekan, SBM.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my