Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Class 2u2i

SBM ONLINE: 2 Februari 2020, Seramai 15 orang pelajar telah berjaya terpilih bagi kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Dengan Kepujian) 2U2I (BENT 2U2I) dibawah kelolaan Unit Keusahawanan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) yang telah memulakan sesi pembelajarannya pada 2 Februari yang lalu. Pelajar-pelajar yang terpilih ke program ini telah melalui beberapa proses saringan pemilihan.

Program akademik BENT 2U2I dimulakan dengan Kursus Inkubasi 1 di mana dalam kursus ini beberapa orang usahawan dijemput untuk sesi perkongsian ilmu dan motivasi keusahawanan bersama para pelajar. Berbekalkan motivasi dan minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan, para pelajar juga telah menerima bimbingan melalui sesi pembelajaran Inkubasi 1 yang diketuai oleh Dr Norria Zakaria dengan sokongan Encik Juha Ali dan Dr Shamsul Huda Abd. Rani selaku Penyelaras Unit Keusahawanan serta penyertaan pensyarah-pensyarah Unit Keusahawanan SBM.

Tambahan itu, pelbagai aktiviti-aktiviti simulasi perniagaan bakal dirancang bagi mengaplikasikan teori pembelajaran dengan situasi sebenar perniagaan. Para pelajar juga dibawa melawat ke syarikat-syarikat yang terletak di Changloon bagi memberi pendedahan keusahawanan. Antara usahawan yang terlibat dalam sesi perkongsian ilmu dan pengalaman adalah Iliasco Corporation Sdn. Bhd., SQG Usahawan Sdn. Bhd., Inang Suri Sdn. Bhd. dan Ketari Merah Sdn. Bhd.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my