Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

2U2Itnc

SBM ONLINE: 4 Februari 2020, Kunjungan Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabagsa (TNCAA) UUM, Professor Dr. Yusnidah Ibrahim di Pusat Inkubator Keusahawanan Pusat Pengajian Perniagaan UUM telah diraikan oleh 15 orang pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Dengan Kepujian) 2U2I (BENT 2U2I) kohot pertama. Turut mengiringi adalah Prof. Madya Dr Salniza Md Salleh, Penolong Naib Canselor, Kolej Perniagaan UUM merangkap Dekan Pusat Pengajian Perniagaan (SBM) UUM, Ketua-Ketua Jabatan, Penyelaras Unit Keusahawanan serta Pensyarah-Pensyarah Unit Keusahawanan SBM.

Pusat Inkubator Keusahawanan SBM UUM (PIKS) merupakan sebuah pusat pembangunan pelajar keusahawanan yang baharu ditubuhkan dan berfungsi sebagai pusat yang menguruskan semua program dan aktiviti pelajar-pelajar keusahawanan SBM UUM. PIKS telah mula beroperasi pada 2 Februari 2020 yang lalu sempena bermulanya Program Inkubasi BENT 2U2I dibawah seliaan para pensyarah dan sokongan industri.

Menurut Muhammad Ijmal bin Mohamed Akbar, pelajar BENT 2U2I, beliau memilih BENT 2U2I kerana minatnya untuk menjadi usahawan perkhidmatan pemasaran digital. Beliau berpendapat, program ini amatlah relevan kerana ianya lebih berfokus serta melibatkan pendedahan secara langsung bersama usahawan-usahawan di dalam industri.

Manakala, Nana Nurmisha binti Che Sofi, bekas pelajar Matrikulasi Perakaunan pula berminat untuk meceburi perniagaan kosmetik dan kecantikan hasil daripada pembacaan buku-buku motivasi keusahawanan serta mempunyai kebolehan berniaga yang diwarisi daripada datuknya. Dalam kunjungan ini juga, TNCAA turut berinteraksi bersama pelajar-pelajar dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk memanfaatkan Program BENT 2U2I sebagai platform bagi mencapai cita-cita sebagai usahawan berpendidikan.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my