Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Sijil dekan A192

SBM ONLINE : 27 November 2019, Majlis Anugerah Dekan bagi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah berlangsung di DKG 2/1. Seramai 681 orang pelajar SBM telah mendapat PMS 3.50 dan ke atas bagi Semester Kedua, Sesi 2018/2019 (A182). Daripada jumlah tersebut, 360 orang pelajar telah menghadiri majlis tersebut.

Pemangku Dekan, Prof. Madya Dr. Salniza Md Salleh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang bagi sesi pengajian yang lepas. Mahasiswa mahasiswi yang menerima anugerah terdiri daripada Program Pentadbiran Perniagaan, Program Pemasaran, Program Pengurusan Sumber Manusia dan Program Keusahawanan.

Menurutnya, mahasiswa mahasiswi perlu meneruskan prestasi yang cemerlang ini pada semester akan datang dan terus kekal sehingga tamat pengajian dan seterusnya memasuki alam pekerjaan suatu hari nanti. Beliau juga memberi nasihat agar mahasiswa mahasiswi sentiasa menghubungi dan mengingati kedua ibu bapa walau dimana pun berada. Kejayaan mahasiswa mahasiswi adalah berkat doa dan dorangan daripada ibu bapa.

Sekian.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my