Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

UNPnews2

SBM ONLINE : 22 Oktober 2019, seramai 34 orang graduan pelajar Dual Degree dari Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia diraikan dalam satu Majlis Makan Malam bersempena Majlis Konvokesyen Ke-32 Universiti Utara Malaysia (UUM) 2019.

Ketua Jabatan Pentadbiran Perniagaan dan Keusahawanan, Prof. Madya Dr. Azahari Ramli berkata, ijazah yang diperoleh merupakan titik tolak untuk terus berjaya dan apabila tamat pembelajaran di UUM bukanlah penamat untuk terus menyumbang buah fikiran kepada negara.

Menurutnya,  beliau berharap graduan UNP dapat menggunakan segala pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan ilmu yang ditimba sepanjang tempoh pengajian itu dalam segenap aspek kehidupan serta dapat menjana kecemerlangan diri dan membina kerjaya yang lebih maju pada masa hadapan.

Hadir sama, pihak daripada UNP, Indonesia diwakili oleh Dr. Perengki Susanto, Bapak Gesit Thabrani dan Ibu Rahmati serta Penyelaras BBA Dr. Ku Awanis Ku Ishak, Penyelaras Program Double Degree Prof. Madya Dr. Abdul Shukor Shamsudin dan turut disertai oleh beberapa pensyarah Pusat Pengajian Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM).

Dr. Perengki Susanto, Ketua Jabatan Fakultas Ekonomi UNP mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan yang dicapai oleh para graduan setelah berhempas pulas dalam memastikan pengajian dapat ditamatkan mengikut tempoh yang ditetapkan walaupun pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui sepanjang tempoh  setahun setengah ini. Beliau turut  mengucapkan rasa syukur kerana 3 daripada 34 orang graduan UNP berjaya memperolehi ijazah kelas pertama. Kejayaan ini diharapkan akan dapat menyuntik semangat kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

 

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my