Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

graduanKastamruralcapital

Oleh: Che Roihan Jaafar
Gambar oleh: Nik Amirul Aqman

SBM ONLINE:  16 Februari 2019, “Kagum dengan  usaha dan komitmen tinggi  graduan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Rural Capital Berhad sehingga berjaya menamatkan pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan” kata Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff dalam Majlis taklimat kepada 67 graduan yang berlangsung di EDC Hotels & Resorts baru-baru ini.

“SBM akan terus membantu dan menyokong para graduan bagi meneruskan pengajian ke peringkat sarjana muda selepas ini. Dengan mengambil contoh komitmen dan usaha jaguh renang dunia Micheal Phelps, Dekan SBM juga menegaskan seseorang itu perlu berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik untuk keluarga dan masyarakat”.

Sementara itu, wakil graduan dari JKDM, Muhamad Fauzi Bin Kamsar berkata, “Kami berasa amat teruja dengan peluang yang diberikan oleh pihak UUM yang memungkinkan kami menamatkan pengajian di peringkat diploma, Terima kasih kepada pengurusan dan para pensyarah yang tidak  jemu mengurus dan mengajar kami semua yang merupakan pelajar separuh masa”.

Hadir sama, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, Penyelaras Program serta staf-staf pentadbiran SBM.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my