Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

BestWebsiteAward

Oleh: H. Rasidah H. Rodzi
Gambar oleh: Nik Amirul Aqman

SBM ONLINE :  Pensyarah  Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Mathivannan a/l Jaganathan telah berjaya mengharumkan nama UUM setelah dinobatkan sebagai  pemenang Laman Web kategori Personal Website - Favourite Website Award 2018 yang berlangsung di Loft 29, Penang baru-baru ini.

Mathivannan merupakan pensyarah dalam bidang Keusahawanan Digital di SBM yang aktif dalam latihan berkenaan dengan teknologi perniagaan dan akademik.  Selain beliau dianugerahkan Sijil dan Trofi,   beliau juga menerima RM3600 dalam bentuk tunai electronik (e-cash).

Menurut beliau, “Anugerah Laman Web Malaysia 2018 adalah siri keempat oleh Exabytes Group dianjurkan untuk mengenali dan memberi penghargaan kepada pereka laman web (Website Designer) yang mempunyai bakat dan minat.

Majlis anugerah MWA 2018 ini dianjurkan oleh Exabytes  Group dengan kerjasama Easyparcel, Easystore, EasyStudio, Pgeon (Logistic Partner) dan Exabytes Digital.  Majlis yang berprestij ini ditaja oleh Malaysia Network Information Centre MYNIC Berhad (Diamond Partner), Tezos Southeast Asia (Diamond Partner), Frambie Malaysia (Certificate Partner).

Pada masa yang sama anugerah ini menggalakkan kreativiti, perkongsian dan peningkatan kualiti reka bentuk web secara keseluruhan di negara ini.

Dalam pada itu,  pengiktirafan beliau  dalam bidang laman web telah memberi impak yang tinggi serta mengharumkan nama UUM di mana anugerah ini majoritinya  melibatkan pihak  industri ICT Malaysia.

Sekian...

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my