Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

DeanListA181

Oleh: Pn. Shafina Din
Gambar Oleh: En. Nik Amirul Aqman Nik Lah

SBM ONLINE: Majlis Anugerah Dekan bagi Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM COB  telah berlangsung dengan jayanya pada 23 April 2019 yang lalu bertempat di DKG 2/1. Seramai 920 orang pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah mendapat PMS 3.50 dan ke atas bagi Semester Kedua 2018/2019 (A181). Daripada jumlah tersebut, 589 orang pelajar telah menghadiri majlis dwi tahunan tersebut.

Hadir merasmikan majlis ini ialah Prof. Dr Rushami Zien Yusoff, Penolong Naib Canselor UUM COB merangkap Dekan SBM. Beliau memulakan ucapannya dengan mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Dekan semester pertama sesi A181. Dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan bahawa pencapaian pelajar bagi setiap jabatan semester ini adalah lebih baik dari semester sebelumnya. Melalui ucapannya juga, beliau turut menitipkan beberapa mesej yang bermakna kepada semua penerima anugerah. “Malaysia mempunyai 30 juta penduduk sahaja. Untuk menjadi negara yang mempunyai tahap ekonomi yang kukuh, setiap individu dalam negara ini harus menjadi produktif dan sekaligus dapat menyumbang kepada GDP negara”, tegas Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff.

Turut hadir bersama dalam majlis itu ialah Prof. Madya Dr. Hasnizam Shaari, Timbalan Dekan SBM, Dr Norzieiriani Ahmad, Ketua Jabatan Pemasaran, Dr Shahrin Saad, Penyelaras Program Pemasaran, Dr Awanis Ku Ishak, Penyelaras Program Pentadbiran Perniagaan,  Prof. Dr Khulida Kirana Yahya, mewakili Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, dan Mejar Mohamad Ezanee Yazid, Ketua Penolong Pendaftar.

Sekian.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my