Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

DeanListA172

SBM ONLINE: Majlis Anugerah Dekan bagi pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM COB  telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Oktober 2018 yang lalu bertempat di DKG 2/1. Seramai 788 orang pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah mendapat PMS 3.50 dan ke atas bagi Semester Kedua 2017/2018 (A172). Daripada jumlah tersebut, 525 orang pelajar telah menghadiri majlis dwi tahunan tersebut.

Hadir merasmikan majlis ini mewakili Dekan SBM ialah Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdul Majid, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Beliau memulakan ucapannya dengan mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Sijil Dekan bagi semester A172. Dalam ucapan itu juga, beliau mengharapkan pelajar dapat menghayati dan menerapkan moto universiti ILMU BUDI BAKTI dalam kehidupan untuk terus berjaya di masa akan datang. Para pelajar juga dinasihatkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam program-program kemasyarakatan di dalam dan di luar kampus. “Pelajar mestilah mempunyai usaha sendiri dalam menyerlahkan potensi diri, meningkatkan keupayaan menguasai bahasa asing, menonjolkan sifat kepimpinan serta jati diri”, Prof. Madya Dr. Abdul Halim.

Selain itu, pelajar juga disarankan untuk mempamerkan kualiti dan ciri pelajar atau bakal graduan yang mampu bersaing bukan sahaja di kalangan pelajar atau graduan lulusan dalam negara tetapi juga kompetitif di persada antarabangsa. Para pelajar turut digalakkan untuk mempunyai kehidupan yang berlandaskan panduan dan nilai hidup beragama. Turut hadir bersama ialah Dr. Kadzrina Abdul Kadir, Penyelaras Program Pentadbiran Perniagaan, Dr. Yaty Sulaiman mewakili Ketua Jabatan Pemasaran dan Dr. Azrain Nasyrah Mustafa mewakili Penyelaras Program Keusahawanan.

Sekian.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my