Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

pelajarbarua181

SBM ONLINE: 5 September 2018, SINTOK – Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) sekali lagi menjadi pilihan sebagai salah satu tempat melanjutkan pengajian apabila pelajar baharu Sesi Pertama 2018/2019 mula mendaftar bagi mengikuti empat (4) program Sarjana Muda yang ditawarkan di bawah SBM.

Seramai 721 orang pelajar baharu telah diberi taklimat ringkas mengenai pusat pengajian. Taklimat ini disampaikan oleh Dekan PusatPengajian iaitu Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 2/1.

Menurut beliau, UUM amnya dan SBM khususnya menjadi pilihan yang terbaik kepada para pelajar yang ingin mendalami ilmu pengurusan perniagaan kerana UUM sudah tersenarai dalam ranking dunia dan memperoleh akreditasi antarabangsa seperti AACSB. Tambahan lagi, kemudahan lengkap yang disediakan oleh pihak Universiti berserta suasana pengajian di dalam rimba hijau memberi ketenangan dan dapat meningkatkan fokus pelajar kepada pelajaran.

Prof. Dr. Haim Hilman berkata, sebagai bakal pemimpin negara di masa hadapan, para pelajar perlu belajar bersungguh-sungguh, berani mengorak langkah ke hadapan dan tidak membiarkan orang lain memperkecilkan kebolehan diri demi merealisasikan cita-cita serta harapan ibu-bapa dan keluarga. Beliau turut memperkenalkan setiap seorang warga kerja SBM kepada para pelajar. Hadir sama, saudara Mohd. Farid Mohd. Azmi, pelajar Semester 3 program BBA yang juga aktif dalam Kelab Debat UUM, turut berkongsi pengalaman beliau dengan pelajar-pelajar baru.

Hadir sama di taklimat ialah Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Jabatan, Penyelaras Program, para pensyarah dan kakitangan pentadbiran Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan.

Para pelajar kemudiannya dibahagikan mengikut program masing-masing untuk slot bersama Ketua Jabatan dan Penyelaras Program untuk taklimat mengenai program.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my