Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

BBAAWESOME

SBM ONLINE: Pada 7 Ogos 2018 (Selasa) Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi SBM 2018 bertempat di EDC Hotels & Resorts, UUM Sintok. Majlis ini adalah sebahagian daripada tradisi yang dibina di SBM untuk mennghargai dan meraikan sumbangan dan pencapaian pada tahun 2017.

Majlis perasmian anugerah telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Pengurusan (SBM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah. Dalam intipati ucapan perasmian majlis tersebut, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah menekankan bahawa semua ahli akademik SBM perlu berusaha menjadi penyelidik yang berprestasi tinggi di samping menjadikan pengajaran perniagaan dan pengurusan paling menarik dan kompetitif di Malaysia dan rantau Asia serta menjadikan SBM menjadi Top 100 Business School in the World menjelang 2020.

Beliau juga meminta semua staf akademik berusaha menjadikan SBM pilihan pertama pelajar Malaysia dan antarabangsa untuk pengajian dalam bidang perniagaan dan pengurusan. Pada majlis yang sama, Pengurus Pelan Strategik SBM, Dr. Mohd Rashdan Sallehuddin juga telah membentangkan pencapaian Pelan Strategik SBM 2017 berdasarkan kepada 4 Teras utama. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua staf akademik dan pentadbiran yang menyumbangkan pencapaian cemerlang hingga berjaya mencapai kedudukan keseluruhan tempat kedua antara pusat pengajian di UUM.

Pada majlis tersebut sebanyak 47 anugerah apresiasi telah dipertanding berdasarkan kepada kategori individu dan jabatan. Pemenang untuk kategori adalah berdasarkan sumbangan mereka pada setiap laporan PI (Performance Indicator) pada Pelan Strategik SBM 2017.

Kemuncak majlis tersebut ialah pemenang Jabatan Terbaik SBM 2017 yang dimenangi oleh Jabatan Pengurusan Pentadbiran yang berjaya menggondol 7 anugerah diikuti Jabatan Pemasaran dengan 5 anugerah dan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia dengan 2 anugerah dan Jabatan Keusahawanan dengan 1 anugerah. Secara khususnya sebanyak 14 anugerah kategori Jabatan di pertandingkan.

Pemenang keseluruhan individu terbaik SBM idiungguli oleh Prof Haim Hilman Abdullah, tempat kedua Prof. Madya Dr. Norashidah Hashim, dan ketiga Dr. Yeoh Khar Kheng.

Manakala untuk kategori individu terbaik Jabatan Jabatan Pengurusan Pentadbiran diungguli oleh Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, tempat kedua oleh Dr. Abdullahi Hassan Gorondutse dan ketiga Dr. Khairol Anuar Ishak.

Untuk Jabatan Pemasaran diungguli oleh Prof. Madya Dr Hasnizam Shaari, tempat kedua Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar, dan ketiga Dr. Yaty Sulaiman.

Untuk Jabatan Pengurusan Sumber Manusia diungguli oleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abdul Majid, tempat kedua Prof. Madya Dr. Kamal Ab. Hamid, dan ketiga Prof. Madya Dr. Faizuniah Pangil serta Dr. Md. Lazim Mohd Zin.

Manakala untuk program Keusahawanan pula diungguli oleh Prof. Madya Dr. Norashidah Hashim, tempat kedua Dr. Yeoh Khar Kheng, dan ketiga Dr. Armanurah Mohamad serta Dr. Muhamad Shukri Bakar.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah dan ia diharapkan dapat menjadi pembakar semangat untuk melonjakkan SBM terus cemerlang dan unggul.

Sekian

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my