Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

program jom masuk u

SBM ONLINE: 4 Julai 2018, LANGKAWI- Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Pejabat Pendidikan daerah Langkawi telah menganjurkan satu program Jom Masuk 'U'. Program ini disertai oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berada di dalam tingkatan enam sekolah menengah sekitar daerah Langkawi.

Program ini bertujuan mempertingkatkan lagi hubungan di antara Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, UUM dengan PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LANGKAWI. Selain itu, program ini boleh menjadi pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pendidikan di Pusat Pengajian Perniagaan (SBM), UUM. Ini akan membantu memudahkan pelajar membuat permohonan dan pemilihan program pengajian berkaitan pengurusan perniagaan

Program dirasmikan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi iaitu Tuan Hj Mohd Kamal Hashim pada jam 9 pagi. Antara pengisian dalam program tersebut ialah penerangan berkaitan program sarjana muda yang ditawarkan di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan yang terdiri daripada 4 program utama iaitu:

1. Bachelor of Business Administration with Honours - BBA (Hons),
2. Bachelor of Entrepreneurship with Honours - B. Ent. (Hons),
3. Bachelor of Marketing with Honours - B.Mktg. (Hons)
4. Bachelor of Human Resource Management with Honours - BHRM (Hons)

Penerangan berkaitan program yang ditawarkan telah disampaikan Dr Abdul Manaf bin Bohari selaku Ketua Jabatan, Pengurusan Perniagaan bagi mewakili Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan UUM. Agenda utama adalah bagi mendedahkan syarat umum dan khusus program yang ditawarkan agar para peserta yang terlibat bersedia dengan syarat kemasukan yang diperlukan agar tidak menjadi satu halangan dalam mengejar impian untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang diminati.

Selain itu, terdapat juga perkongsian slot motivasi yang terdiri daripada dua orang pensyarah kanan yang dibawa oleh pihak SBM iaitu DR Beni Widarman Yus Kelana dan DR Rawiyah Abd Hamid, UUM yang mana merupakan bekas pelajar tingkatan enam dan Alumni Universiti Utara Malaysia. Perkongsian tips-tips berkongsepkan “Smart Study” sikit sebanyak diharapkan dapat memupuk motivasi dikalangan para peserta untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Selain itu, perkongsian juga berkaitan gaya hidup sebagai mahasiswa universiti yang sedikit berbeza berbanding di alam persekolahan.

Rata-rata para pelajar yang ditemui mengharapkan agar program sebegini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Hal ini dapat dilihat dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta yang hadir yang memenuhi dewan di PEJABAT PENDIDIKAN LANGKAWI. Untuk makluman program ini telah mendapat bantuan kewangan daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Program telah tamat dengan jayanya pada jam 1 Tengahari dengan diadakan sesi fotografi dan jamuan.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my