Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

rayasbm2018

Segak Bergaya di Pagi Raya,
Tangan Dihulur Maaf Dipinta
Majlis Aidilfitri Ukhwah Dicipta
Bakal Haji SBM Didoakan Bersama.

Majlis Sambutan Aidilfitri Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan Majlis Doa Selamat Bakal Haji 1439H disambut meriah pada 12 Julai 2018. Majlis yang bermula pada jam 10.30 pagi itu turut mengundang Prof. Dr. Abdullah bin Haji Abdul Ghani bagi menyampaikan Tazkirah Haji dan mengetuai bacaan Yassin serta doa selamat kepada lima orang bakal Haji SBM 1439H. Tazkirah yang menyentuh topik persediaan bagi bakal Haji, dapat memberikan banyak maklumat, pengetahuan, serta dapat meningkatkan semangat kepada semua staf yang hadir dalam mengejar Rukun Islam Yang Ke-5.

Majlis dimulakan dengan ucapan sempena Sambutan Aidilfitri daripada Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah yang turut menyelitkan ucapan selamat kepada lima (5) bakal Haji SBM iaitu Prof Madya Dr. Mohd Faizal Mohd Isa, Prof. Madya Dr. Norashidah Hashim, Dr. Armanurah Mohamad, Dr. Azrain Nasyrah Mustapa dan Dr. Jauriyah Shamsuddin. Turut tidak dilupakan ucapan tahniah kepada staf-staf yang beroleh kejayaan, yang dinaikkan pangkat serta tamat pengajian. Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Staf SBM turut dibantu oleh Staf Pentadbiran SBM, Ketua-ketua Jabatan SBM ini dihadiri oleh semua warga kerja SBM, jemputan khas seperti Pejabat PPA dan AACSB, serta pelajar-pelajar antarabangsa SBM.

Pelbagai juadah telah disediakan mengikut agihan setiap jabatan menunjukkan ukhwah dan semangat bergotong-royong di kalangan staf dalam menganjurkan program-program di SBM. Selain daripada itu, menu istimewa iaitu dua (2) ekor kambing golek juga disumbangkan oleh staf-staf yang telah dinaikkan pangkat serta tamat pengajian. 

Suasana riang-ria dan gembira dikalangan staf jelas terpancar kerana dapat meraikan Syawal bersama rakan-rakan yang lain. Rasa gembira ini turut dikongsi oleh Pengerusi Kelab Staf SBM, iaitu Dr Siti Norasyikin Abdul Hamid yang menyifatkan program ini perlu diteruskan bagi mengukuhkan ukhwah sesama warga kerja SBM.

Sekian.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my