Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

IR 4.0

SBM ONLINE: MarC, SBM dengan kerjasama PPA UUM COB dan Institut Pengurusan Produk dan Jenama (iCOE) berjaya menganjurkan seminar pemasaran pada 15 Mei 2018. Seminar yang berlangsung di DKG 6/5 dengan tema “IR 4.0: The Way Forward To Marketing in 21st Century” itu telah dihadiri oleh 100 pelajar program Pemasaran. Seminar ini turut dijayakan oleh Puan Zunita dan Encik Nik Fatah daripada Oblong dan Ketari Merah. Seminar ini memberi ruang kepada mereka untuk berkongsi mengenai selok belok dunia perniagaan serta cabaran pemasaran pada era 21. Seminar ini juga turut dipenuhi dengan aktiviti pembentangan pelajar daripada kelas seminar yang terdiri daripada enam (6) kumpulan.

Tujuan seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara berdepan dengan penonton yang lebih ramai sekaligus membentuk keyakinan diri dalam pembentangan hasil kajian mereka. Selain itu, mereka juga dapat menimba ilmu daripada perkongsian pengalaman dan komen yang diberikan daripada pihak industri. Seramai empat (4) orang juri terlibat bagi mengadili pembentangan pelajar, iaitu dua (2) daripada industri dan dua (2) lagi merupakan pensyarah pemasaran.

Program ini juga menyaksikan kumpulan Wanna One telah berjaya meraih tempat pertama, Fauzi Cake House tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Gano Excel. Majlis ini diakhiri dengan sesi fotografi dan penyampaian cenderahati daripada Ketua Jabatan Pemasaran kepada juri jemputan.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my