Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah mengadakan majlis bacaan Yaasin dan Tazkirah Syawal pada 19 Julai 2017 bersamaan 25 Syawal 1438H. Majlis ini telah dipimpin oleh Al Fadzil Ustaz Dr. Mohd. Nizho Abdul Rahman, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM CAS.

Antara isi kandungan tazkirah adalah peringatan terhadap kita semua tentang perlunya kita berazam untuk meneruskan amal ibadah serta kebajikan yang dilakukan sepanjang Ramadan di bulan Syawal serta hari-hari seterusnya. Bersama kita berdoa semoga Allah SWT menerima dan menilai semua amalan kita sebagai amalan yang boleh dipetik hasilnya di hari akhirat nanti. Betapa pentingnya untuk kita menjauhi daripada perkara sia-sia dalam kehidupan hari ini. Antara sifat orang beriman adalah sanggup meninggalkan perbuatan yang sia-sia semata-mata mengharap redha Allah SWT. Isilah kehidupan kita sebaik mungkin dengan niat yang ikhlas dan cara yang telah ditunjukkan oleh Ar Rasul serta alim ulama yang muktabar.

Majlis silaturrahim Aidilfitri SBM diteruskan sejurus selepas majlis bacaan yaasin serta tazkirah. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor UUM, Yang Berusaha Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Dekan SBM, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, staf akademik dan staf pentadbiran SBM.  Majlis dimulakan pada jam 12.30 tengahari dengan pelbagai juadah yang disediakan untuk staf serta pengunjung antaranya kambing golek, ketupat dan rendang, mee goreng mamak, nasi berlauk, ais krim serta pelbagai kuih dan buah-buahan.

logo bawah1

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my