Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Dengan tema 'Towards SBM World Top 100', Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah mengadakan SBM Academic Achievement Awards 2016 di EDC Hotels & Resorts, semalam. Majlis tersebut adalah bagi meraikan ahli akademik dan staf SBM yang telah menyumbang serta memberikan komitmen kepada pencapaian SBM.

 Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, untuk menjadikan SBM sebuah pusat pengajian yang kompetitif memerlukan setiap warganya menjadikan huruf SBM itu sebagai asas dalam tindakan iaitu 'S' bermaksud Smart, 'B' Brave dan 'M' Motivated. “Selepas ini, tiada lagi perkataan ‘I’ atau saya di SBM kerana kita akan bersama-sama menggunakan perkataan 'we' atau kami apabila kita bicara tentang SBM. Sehubungan itu, saya amat berharap dan yakin setiap warga SBM boleh menjadi individu baharu atau ‘new you’ yang mana akhirnya mampu membawa kepada kejayaan merealisasikan transformasi total di SBM."Pendekatan ini mampu membuat semua warga SBM termasuk yang datang ke pusat pengajian ini rasa dihargai dan menjadi sebahagian daripada cerita besar mahupun kejayaan SBM. "Kita di SBM juga turut menitikberatkan sumbangan staf akademik pelawat dalam agenda transformasi ini. Untuk itu semua orang harus terlibat dalam setiap aktiviti SBM," katanya.

profhaim1Beliau berkata, secara khususnya majlis ini adalah antara inisiatif untuk mengiktiraf warga SBM khususnya dan universiti amnya yang telah memberi sumbangan terbesar kepada kejayaan SBM untuk agenda berkaitan pelan strategik bagi tahun 2016.Selain itu, menurutnya, buat pertama kali juga SBM akan mengadaptasi konsep pengurusan korporat dengan melantik beberapa pegawai yang akan memfokuskan kepada bidang fungsian seperti pemasaran, operasi, kewangan, strategi dan lain-lain selain daripada akademik.

 Pada masa sama, beliau juga berharap warga SBM memiliki kepantasan dalam menilai situasi, membuat keputusan dan melaksana tindakan. "Jika kita bersungguh-sungguh, tidak mustahil SBM akan menjadi perhatian, sebutan dan kebanggaan bukan sahaja warga SBM dan UUM tetapi semua pihak. "Semua ini akan menjadi realiti jika ia bermula dari diri kita sendiri iaitu untuk memberikan yang terbaik, justeru mari kita cabar diri dan beri peluang kepada diri kita untuk menjadi pemain utama dalam agenda meletakkan SBM antara 100 terbaik di dunia,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, adalah menjadi visi SBM untuk menjadi 'leader' dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan  perniagaan dan pengurusan dalam bidang pengajian perniagaan dan pengurusan di Malaysia khususnya dan antarabangsa dalam tempoh 5 tahun. Justeru, katanya, semua warga SBM juga harus bersama-sama memberikan idea dan tenaga dalam memastikan semua objektif strategik tersebut dapat direalisasikan dalam tempoh waktu ditetapkan. Pada majlis itu, sebanyak tiga (3) kategori anugerah disampaikan iaitu sijil penghargaan, Anugerah Akademik SBM dan PhD Completion Award.

Surat penghargaan disampaikan kepada ketua dan penilai kertas kerja Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), manakala Anugerah Akademik SBM pula terdapat 12 kategori yang dipecahkan kepada sub kategori professor, professor madya, pensyarah kanan dan pensyarah serta anugerah kepada staf yang berjaya menamatkan PhD pada tahun lalu.Hadir sama Timbalan Dekan SBM, Prof Madya Dr Fais Ahmad; Ketua Jabatan dan Koordinator; Profesor serta pegawai SBM.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my