Search Our Site

enarzh-CNfrdejakoms

Pada 28 Mac 2017, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menganjurkan Klinik Mengisi Borang KPA2, Borang Permohonan Kenaikan Pangkat kepada Pensyarah SBM. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada para Pensyarah tentang syarat, kriteria, prosedur dan panduan untuk mengisi borang KPA2.

Dekan SBM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, dalam ucapan aluan, berharap bengkel seumpama ini dapat memberi galakan kepada Pensyarah untuk membuat persediaan dan persiapan sewajarnya untuk memohon kenaikan pangkat. Menurut beliau, ada di antara pensyarah yang telah memenuhi syarat dan mempunyai bahan yang mencukupi, tetapi masih ragu-ragu untuk mengemukakan permohonan kerana tidak pasti sama ada telah memenuhi syarat.

Pensyarah disaran agar mengisi borang KPA2  dan menambah maklumat dari masa ke semasa. Dengan berbuat demikian, mereka boleh mengetahui komponen yang perlu dibuat penambahan.

Pihak SBM telah menjemput Prof. Dr. Khulida Kirana Yahya untuk memberi penerangan tentang “dos and don’ts”, dalam mengisi borang KPA2. Beliau menjelaskan bahawa maklumat yang dikemukakan akan dinilai oleh Panel Kolej, Panel Universiti dan penilai luar.

Contact us

School of Business Management (SBM), College of Business,
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Phone: +604-9287401  
Fax: +604-9287422  
Email: sbm@uum.edu.my